The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Ifedayo Teruja Untuk Pulang Ke Pangkuan Gergasi Merah

Aug 17, 2020 - FAS

Pemain import Selangor, Ifedayo Olusegun kini sedang menjalani kuarantin sejak tiba di Malaysia pada 11 Ogos yang lalu.Ifedayo menyatakan kegembiraan beliau setelah diberikan keizinan oleh kerajaan Nigeria dan lampu hijau untuk kembali ke Malaysia.

“Saya berasa sangat gembira dapat balik ke Malaysia kerana dapat bersama dengan rakan sepasukan semula,” katanya. 

Penyerang yang berasal dari Nigeria ini bertekad untuk mengekalkan kecergasan sebagai fokus utamanya semasa menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan kembali ke kem Selangor.

Pihak pengurusan Selangor juga telah menghantar beberapa alatan sukan seperti basikal dan alatan angkat berat kepada Ifedayo bagi membantu beliau untuk terus kekal cergas.

Ifedayo kekal positif dengan peluang yang ada dan berharap penyokong akan memberi sepenuh kepercayaan kepada pasukan.

“Saya merasakan kita masih mempunyai peluang yang cerah untuk musim ini. Jadi saya berharap penyokong akan memberi kepercayaan kepada kami untuk buktikan yang terbaik," harapnya.

Semoga Ifedayo dapat kembali ke kem Selangor dengan kecergasan yang memberangsangkan dan terus komited dalam latihan bersama pasukan Gergasi Merah untuk mempamerkan aksi terbaik untuk baki saingan Liga M.

FA Selangor akan menyambung saingan CIMB Liga Super 2020 menentang pasukan PJ City FC pada 27 Ogos ini di Stadium UiTM Shah Alam.